Ahad, 21 November 2010

aktiviti seharian

Apabila tiba jer musim cuti sekolah begini akulah orang yang paling hepi .... maklumler x payah nak membusykan diri utk menyiapkan keperluan seharian . aku x perlu lagi terkejar - kejar ke sana - sini . Aku x perlu lagi melakukan rutin seharianku utk iron baju , x perlu lagi marah2 apabila anak2 ku lambat menyiapkan diri ke sekolah . Mmg lega bangat aku sekarang ...........begini agaknyer kehidupan seorang suri rumah tangga full time . Perancangan aku waktu cuti ni , nak jugak aku pergi bercuti . tapi x taulah .......... Anakku yang ke-2 akan bersunat . Insya Allah kalau jadi di Klinik Al - Farabi .
        Sudah lama aku x melayani hobi aku iaitu membaca novel . sesekali ingin aku layan gak hobi aku yg satu ni ... tapi novel baru belum beli lagi . nak kena gi beli novel lak . setakat cuti seminggu ni dah 3 buah novel aku habiskan . Mmg seronok sesekali dapat melayan hobi cam ni . layan jer la ........ holiday ni kan .

       kalau dulu setiap hari aku ke Mega Mall . maklumler sekolah dekat ngan Mega Mall . sekarang sejak cuti ni baru 2 kali aku ke MegaMall . rindunyer kat Mega Mall . aku gi bukan wat apa pun window shoping jer ... itupun utk menyihatkan badan gak ... ialah masuk dr satu kedai ke satu kedai ,,, banyak aku bersenam tu . Kalau aku stress .. di situlah aku akan pergi utk menenangkan . mmg berkesan sungguh tempat tu .
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan