Isnin, 22 November 2010

5 golongan yg menempuh gagal

1. pembuang masa
golongan ini memang favourite antara kita . Malah kita sendiri mungkin jua kadangkala termasuk dalam golongan ini , nauzubillah .
2. Pemberi alasan
Golongan ini juga mudah utk disertai . mereka sering memberi alasan drpd memikul tanggungjawab yg diberi . Contoh - kenapa lewat ke tempat kerja ? traffic jam . macam2 alasan lagi lah ....
teringat kata2 Dato Dr Fadzilah kamsah "orang lain buat duit , kita buat alasan " -- kata2 ini amat dalam maknanya . 1001 alasan boleh diberikan . memberi alasan mmg amat mudah berbanding dgn memikul tggungjawab yg diberikan .
3. sering menyalahkan orang lain
golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitarannya sebagai penyebab mereka x berjaya . Ketika ekonomi gawat dulu , ramai usahawan merungut ekonomi down ,,, benarkah ekonomi yg salah ? ataupun kita yg x menggandakan usaha kita sewaktu menghadapi ekonomi begitu . Untuk berjaya 100 peratus tanggungjawab adalah perlu dipikul oleh diri sendiri .
4. Berfikiran negatif
mmg lumrah manusia mudah berfikiran negatif berbanding ngan positif .
5. Tidak berusaha menambah ilmu
ilmu boleh didapati di mana2 pun . melalui pengamatan sekeliling , drpd pembacaan buku n majalah , melayari internet , menghadiri majlis ilmu , ataupun dapatkan drpd mereka yg berilmu . Dalam Al-Quran disebut perkataan ilmu lebih drpd 700 kali , menunjukkan betapa pentingnya ilmu .

Mudah2an kita tidak tergolong drpd 5 golongan di atas .
(dipetik dr majalah solusi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan