Rabu, 1 Disember 2010

perjalanan hidupku

Sesekali melayan perasaan dan mengenang kembali kisah2 silam membuatkan aku sayu dan hiba . Adakalanya kelakarlah pulak . aku dilahirkan di Kg paya Ular Bunut Susu pasir Mas Kelantan . aku begitu bahagia dgn kehidupan aku ketika itu . kalau x silap aku ketika aku berumur 4 tahun aku pernah mengikut abah aku ke Singapura kerana ketika itu abah bekerja sebagai buruh di situ . Kesian abah ..... untuk mencari duit untuk aku ngan mak aku . Ketika itu aku belum mempunyai adik . anak tunggal la konon . Ketika aku berumur 7 tahun barulah aku mempunyai adik . Takdir menentukan ,,, aku dikejutkan dengan berita keluargaku terpaksa berpindah ke Pahang mengikut bapa saudaraku yg telah berhijrah ke cni . Aku pun musykil kenapa n mengapa ini harus terjadi ???? Dengan kesedihan dan keterpaksaan kami sekeluarga dgn linangan airmata kami pindah mengikutnya .
Walaupun begitu kami sekeluarga kerap pulang ke Kelantan ... menjenguk kampung laman . Maklumler masih ada tanah pusaka sehingga hari ini yg belum dijual . Ketika cuti sekolah , musim raya gerenti la beraya di Kelantan . Time ni aku paling hiba sekali . maklumler aku anak org miskin , sepupu sepapat ku penuh ngan rantai , gelang , cincin sampaikan kt kaki pun mereka pakai emas . Kalau jari penuh ngan cincin . Aku !!!!!!!seurat benang pun aku x punya barang 2 begitu . Usah kata brg kemas .... baju pun mujur dibeli setahun sekali . Itupun sbb x padan agaknya . Selalunya saudara maraku dgn megahnya menunjukkan brg2 kemas mereka .... sampai sekarg pun masih dok mendewakan brg2 kemas . Ketika itu aku dicemuh ,,, dihina ,,, walaupun aku x pasti kenapa ? Sekarang baru aku tahu .... OOOO sebab mak ayahku miskin agaknya .
Syukurlah .... hidup aku kini sudah berubah walaupun bukan berada . tapi bekerjaya . Walaupun x seberapa , tapi boleh mengubah pandangan keluargaku dulu terhadap ayah n ibuku . Aku bersyukur walaupun dulu kami adik beradik anak org miskin tapi kini mungkin x kaya tapi keadaan hidup sudah berubah . Abah ngan ma tidak lagi sesusah dulu . Mereka sudah mampu tersenyum dgn kehidupan mereka kini . Mereka balik Kelantan sekarang pun .... ramai yg memuja n memuji . Bkn itu yg kita impikan .... Tapi ....
Tapi kami x pernah lupa akan asal - usul ku . Itu lah yg selalu ditekankan oleh Abahku .
Aku berharap dan berdoa agar anak2ku tidak menerima nasib seperti aku . Sentiasa dicemuh oleh saudara mara ,,,, iyela kalau dah miskin , cam tu ler . Teringat pesan abah dulu .... mu Maiza kalu nok nikoh pun mu keno ado kijo dulu ....Biar buleh kijo dulu ... kalu dok pah bilo la ..... aku paham kini maksud abah .
Aku bersyukur kerana  ibu bapaku tidak tergolong dalam golongan miskin lagi . Miskin bagi saudara maraku .... kerana mereka banyak harta , banyak duit , banyak emas . Ketika itulah .... tapi sekarang . Walaupun ketika aku berada di Pahang kami sekeluarga bukanlah tergolong dalam golongan miskin sangat . Sekarang abah dengan bergayanyer pulang ke Kelantan ngan Toyota Viosnya .....
wahai anak2ku penuhilah dada kalian dgn ilmu . Hanya dgn ilmu sahaja kita akan dipandang tinggi . Hanya dgn ilmu shj kita x akan  dihina .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan