Ahad, 5 Disember 2010
musim kenduri
Today ,,,, aku n my femli menghadiri majlis kenduri kahwin . Dalam minggu ni aku asyik terbau lauk kenduri jer ..... rezeki Allah . Aku ke sana , nasib baik cuaca terang benderang seolah - olah merestui majlis itu . Aku sampai di majlis itu tepat kul 1.20 minit tgh hari . Keluarga pengantin lelaki cbuk utk balik ke rumahnya . mungkin seronok ler gamoknyer pengantin tu . aku tengok berseri2 jer tersenyum . itu bukan cerita utama yg nak aku tulis . Klimaks cerita aku ni , di ctu aku terjumpa ngan sedara aku yg dah hampir 5 tahun x jumpa . Sepupu aku tu sebaya ngan aku rasanya makin gemuk ler . mungkin pada pandangan matanya aku jugak sedemikian . entahler ..... Masing2 dah ada keluarga sepupukuku itu berkahwin ngan org Johor dan mengajar n menetap di Sekudai , Johor . Agaknyer selepas ini bila lagi kita akan bertemu secara x sengaja begitu ? iyelah ... aku di Kuantan dia di johor . Dulu time darjah 1 aku sekelas dgnnya . Dia kdg2 bawak beg aku ke sek . Sakit betul hati aku tika itu ,,, iyelah aku ni malas ke sekolah dia gi bawak beg aku pulak . Nak tak nak mmg aku terpaksa gak gi .... iyela beg dah pergi dulu . Kami berbeza jantina dan perangai . Dia sekarang sudahpun bergelar Ustaz .......Gud Luck .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan